Tamadun sesebuah tamadun ialah kerana wujudnya sikap tidak menerima

Tamadun Mesopotamia merupakan tamadun terawal di dunia. Mereka
mempunyai system organisasi sosial dimana masyarakat negara kota lebih teratur.
Masyarakat negara kota terbahagi kepada golongan pemerintah, rakyat bebas, dan hamba.Sistem pemerintahan
tamadun tersebut ialah berbentuk teokrasi dimana raja dianggap sebagai tuhan
dan pemilik kota.

Tamadun Mesopotamnia telah menyumbang dari beberapa aspek, antaranya
ialah Kod Undang-undang Hammurabi, digubal semasa pemerintahan Raja Hammurabbi.
Ianya dipahat di tembok serta tiang besar agar rakyat dapat membaca. Permasalahan
di kalangan masyarakat pelbagai kaum telah dapat dielakkan kerana wujudnya
undang-undang ini. Undang-undang ini telah dapat mewujudkan perpaduan dan memperkuatkan
sistem organisasi dalam kehidupan masyarakat tersebut.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Tulisan mereka atau dikenali sebagai kuneiform
merupakan antara sistem tulisan terawal yang diketahui dalam sejarah.Dengan kewujudan
sistem tulisan ini, ia telah membawa kepada sistem pendidikan yang bertujuan
untuk melahirkan jurutulis.  Ini adalah
untuk membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat supaya dapat
direkodkan.

Kerajaan ini berakhir dengan Chaldea (Raja
Nabonidus) yang jatuh pada 539 SM. Selepas kejatuhan kerajaan Chaldea, Parsi
menguasai wilayah Mesopotamia dan membawanya kepada keruntuhan kerajaan
Mesopotamia. Antara punca kejatuhan sesebuah tamadun ialah kerana wujudnya sikap
tidak menerima perubahan, dari segi teknologi mahupun perubahan dalam struktur
politik, ekonomi dan social. Penjajahan yang berlaku di Mesopotamia antara
punca kehancuran tamadun tersebut.

Secara keseluruhannya, untuk mendapatkan ilmu
kita mestilah rajin membuat kajian.Sesebuah organisasi tidak akan dapat
bertahan selagi tiada kerjasama antara ahli organisasi tersebut. Tamadun
tradisional menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah
kerajaan. Sifat-sifat pemerintah yang adil dan saksama merupakan tema utama
tamadun-tamadun silam. Komunikasi antara dua pihak penting dalam mewujudkan
persefahaman antara satu sama lain.Kemajuan sesebuah tamadun dapat dicapai jika
pemimpin memainkan peranan dan tanggungjawab dengan sempurna.Teknologi juga
sangat penting untuk memajukan sesebuah tamadun. 

x

Hi!
I'm Brent!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out